CAR GADGET, ACCESSORIES & PARTS

Car Boot Organizer



"Tidak berterabur" adalah tanda dagangan bagi Car Boot Compartment kerana terbukti ia mudah dibawa dan diserta bersama pemegang tali untuk memegang item anda dengan kukuh. Ruang besar yang dilengkapi dengan  panel sisi menjadikan ruang lebih kondusif untuk anda menyimpan barangan runcit anda, bekalan pembersihan, peta, peralatan kecemasan, lampu suluh, kabel pelompat, makanan ringan, minuman, atau gear sukan. Simpan semua objek ke dalam petak ini meningkatkan meluruskan ruang but kereta anda dan kemas.
 Perbandingannya dengan bahan penyimpan yang lain, Car Boot Compartment ini reka bentuk dengan penebat haba di dalamnya yang akan terus mengeluarkan haba panas dalam tempoh 4 hingga 5 jam atau haba sejuk selama 7 hingga 8 jam. Selain itu, ia juga tidak  bergerak kerana direka dengan bahagian yang tidak licin atau berterabur apabila kereta bergerak.
 Ciri-ciri
  • Ringan
  • 3 bahagian besar
  • Boleh dimuatkan sehingga 25 kg barang
  • Dilengkapi dengan beg pendingin
  • Boleh dilipat apabila tidak digunakan- menjimatkan ruang
  • Membuatkan kereta anda bersih dan kemas
  • Memaksimumkan ruang apabila anda boleh menyimpan semua barang dengan cara yang padat & kemas

Spesifikasi:
  • Saiz: 58 x 33 x 29 cm
  • Bahan: Polipropylena





RM23.00 per unit

For more information kindly email to forma_jaya@yahoo.com or whatapp at: 0126550940

Torchlite - 33 LED - Magnetic Base


Anda sukakan pengembaraan, suka berkhemah atau masuk hutan?
Kami pasti anda memerlukan Torchlite - 33 LED - Magnetic Base untuk keperluan anda. 
Gunakanlah Torchlite - 33 LED - Magnetic Base yang mempunyai  lampu LED kecerahan 33 yang mampu bertahan selama 100,000 jam. Mengapa Torchlite - 33 LED - Magnetic Base adalah l;ampu suluh yang terbaik?
Bonus 2-dalam-1 cahaya yang mampu menerangi dengan sudut yang luas menjadikannya sebagai lampu tangan yang berguna.
Di tambah dengan bahagian bawah bermagnet menjadikannya lampu sesuai digunakan di kedai membaiki kenderaan ataupun di jalan raya. Malah, rekaan yang versatail dengan cangkuk mudah berputar menjadikan Torchlite - 33 LED - Magnetic Base dapat disangkut dibanyak tempat.
Dapatkan satu Torchlite - 33 LED - Magnetic Base di kedai kami, pasti ia mampu menjadikan malam anda seperti siang dengan hanya menekan butang.
Spesifikasi:
 Bahan: Plastik
  • Dimensi barang: 5.8 x 18 x 26.9 cm
  • Jenis mentol: LED
  • Jenis Bateri: 3 AA batteri (tidak termasuk)
  • Suiz: Butang ON/OFF

Ciri-ciri:
-       33 cahaya lampu LED yang mampu mencerahkan seluruh bilik
-       2-dalam-1 lampu suluh dan obor yang ringan
-       Tapak bermagnet, rekaan cangkup terbina memudahkan penggunaan tanpa perlu dipegang
-       72 lumen cahaya output
-       Mudah dilaraskan kepada 5 mod lampu cahaya LED
-       Cangkuk yang boleh berpusing 360 o
-       Magnet di bahagian bawah untuk memudah dilekatkan pada semua permukaan logam


RM25.00 per unit
For more information or order kindly email to forma_jaya@yahoo.com or whatsapp : 0126550940



HD Vision Visor 2 in 1
E-mail
RM35.00
As Seen on TV HD Vision Visor, Glare Reducing Glasses


Image result for hd vision visor malaysia

HD Vision Visor menukarkan visor anda ke dalam definisi tinggi (HD) waktu siang atau malam!
HD Vision Visor ini meresap cahaya matahari yang kuat dan silau, dan mencerahkan penglihatan dan memantul silau pada waktu malam.
HD Vision Visor akan mengurangkan pantulan silau dari cahaya matahari semasa siang hari ketika anda sedang memandu.
Tambahan lagi, HD Vision Visor juga membantu mengurangkan kesan pancaran visual yang tinggi daripada penyebaran pantulan cahaya dari lampu pada waktu malam.
Akhirnya, anda berada dalam keadaan minda yang tenang serta meningkatkan tahap keselamatan anda melalui pandangan mata yang fokus di jalan raya.
Spesifikasi:
  • Bahan: akrilik
  • Dimensi produk: 32cm x 11cm x 2 cm

Ciri-ciri:
-       Mengurangkan silau dari matahari di siang hari
-       Menerangkan penglihatan dan memantul silau lampu pada waktu malam
-       Meningkatkan warna, kejelasan dan kontras
-       HD visor adalah cepat dan mudah untuk dipasang
-       Boleh diklip pada visor hanya dalam beberapa saat
-       HD Vision Visor boleh digunakan pada siang dan malam!
PRICE: RM35.00 per unit
For more information or order please email to: forma_jaya@yahoo.com or whatapps 012-6550940



Kipas Penyedut Hawa Panas Tenaga Solar
E-mail
rm70.00
Malaysia adalah sebuah negara yang bercuaca panas dan banyak menerima sinar cahaya matahari yang tinggi sepanjang tahun. Memperkenalkan Kipas Penyedut Hawa Kereta Kuasa Solar yang menggunakan TENAGA PERCUMA dari alam semulajadi.


Kipas pengudaraan kereta yang berkuasa solar sepenuhnya ini berfungsi sebagai 'ventilator' yang bekerja dengan cekap serta senyap. Ciptaan ini beroperasi mengeluarkan udara panas dan bau-bauan yang terperap didalam kabin sewaktu meletakkan kereta anda di tengah panas terik membakar. Walaupun tingkap kereta anda tertutup rapat, pada setiap 20 minit secara automatik kipas berkuasa solar akan menghembus keluar hawa panas kenderaan serta bau-bauan yang terperap lalu menggantikan dengan udara luar yang lebih segar dan lebih kaya oksijen. Terbaru - 1 watt (lebih bertenaga) berbanding kebanyakan yang dijual di pasaran iaitu hanya 0.3 watt dan semestinya lebih murah.

  Penyedut Hawa Panas Kereta
Secara tidak langsung ia akan mengurangkan beban pendingin hawa kereta untuk menyejukkan dalaman kereta. Ruang dalaman kereta dapat disejukkan dengan lebih singkat sekaligus menjimatkan penggunaan bahanapi kereta. Suatu ciptaan pintar terkini.
Bukan itu saja, ianya dapat memanjangkan jangkahayat kemasan dalaman kereta serta peralatan elektronik supaya lebih terpelihara dari ancaman suhu melampau didalam kereta.
Oleh kerana ianya ditenagakan oleh kuasa cahaya matahari semulajadi yang PERCUMA, anda tidak lagi perlu rungsing memikirkan tentang bateri yang perlu di caj semula atau menggantikan usia bateri. 100 peratus tenaga percuma anugerah dari Allah. Pemasangan yang begitu mudah dan teramat pantas !
Penyedut Hawa Panas Kereta

Ciri-ciri dan Fungsi Utama:
· Menghembus keluar hawa panas dari kereta yang diletakkan ditengah panas.
· Berkuasa sel solar / matahari - Tiada bateri diperlukan ( Sumber tenaga percuma )
· Sesuai mana-mana tingkap kereta dan model
· Saiz: Kipas: 15 (L) x 11 (W) x 5.5 (H) cm; Belt: lebih kurang 80cm

Penyedut Hawa Panas Kereta

Cara Memasang:
1. Unit kipas solar perlu diletakkan di sebelah dalam kereta. Gantung unit kipas solar pada cermin kereta anda.
2. Gunakan pita yang dibekalkan bagi melekatkan kipas ditempatnya.
3. Ulangi langkah untuk sebelah kanan kipas
4. Kipas penghembus bertenaga solar sedia digunakan pada tingkap. Ianya mudah dipasang dan ditanggalkan semula.
Penyedut Hawa Panas Kereta

Kipas pengeluar haba ini BUKAN unit penghawa dingin kenderaan, sebaliknya ia adalah sistem unit pintar pengudaraan dan penghembus keluar haba panas bagi kegunaan dalaman sesebuah kenderaan. Memanfaatkan tenaga percuma yang boleh dikitar semula / tenaga hijau melalui sel solar yang efisien. Ianya tidak sesuai digunakan pada ditingkap kenderaan yang dilapisi filem penapis haba yang gelap. Juga kurang efisien berfungsi pada cuaca yang mendung.

Pakej Lengkap Termasuk:
1 x Unit Kipas penghembus haba dengan sel solar
1 x Tali Getah
1 x Panduan Caraguna
1 x Kotak Bungkusan

PRICE: RM70.00 per unit
For more information or order please email to: forma_jaya@yahoo.com or call: 011 11545215


Voyager - Kamera Rakam Perjalanan HD
PDFPrintE-mail
RM200.00
Deskripsi Produk:

Secara ringkasnya, Voyager-HD ia adalah sebuah kamera perakam perjalanan berkualiti HD dengan skrin tayangan 2.5 " TFT LCD. Dilengkapi teknologi merakam pandangan malam Infra-red HD dengan 6 unit LED pada lensa dengan sudut pandangan lebar seluas 120 darjah. Rakaman video akan disimpan ke dalam SD / MMC kad memori dengan muatan sehingga 32 Gb (tidak disertakan bersama pakej). Ianya boleh di rakam dalam pelbagai mod program seperti untuk setiap 2 minit / 5 minit / 15 minit dengan rakaman kitaran semula 'overwrite'.

Bukan itu saja, berkeupayaan merakam melalui sistem sensor pengesanan pergerakan (motion detect) iaitu merakam secara automatik bila ada pergerakan di depan lensa dikesan ! Disertakan bersama dengan unit pemegang kamera untuk mudah dipasang pada papan pemuka atau cermin hadapan kenderaan. 1kedai dotcom menawarkan kesemua teknologi ini pada harga serendah RM200 sahaja !
Voyager HD Camera

Merakam perjalanan sepanjang balik kampung, percutian bersama keluarga, rombongan perkahwinan atau pertunangan, ke rumah sahabat handai dan saudara mara atau kemana sahaja. Sukar mengingati lorong dan jalan-jalan yang banyak simpang masuk. Kesemuanya dirakam dengan mutu video dan audio berkualiti tinggi HD tayangan lebar. Ia seumpama kotak hitam kokpit juruterbang yang merakam bahan bukti kukuh perjalanan bagi tujuan rekod dan log keselamatan peribadi.


Voyager HD Camera
Sesuai digunakan bagi tujuan tugas-tugas profesional dan khas seperti pegawai ronda penguatkuasa, kewartawanan, penyiasatan, peguam, pemandu teksi dan bas bagi merakam sesuatu bukti contohnya kemalangan atau sebagainya. Kesemua rakaman saat berharga yang mungkin secara kebetulan boleh dimuat turun untuk dikongsi ke laman web sosial atau Youtube. Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Tidak perlu lagi mengusung banyak peralatan berat dan besar.. cukup hanya dengan perakam DVR berkualiti HD yang padat dan mudah.


Ciri-ciri khas :
  • Alat perakam video dan kamera HD dengan sensor CMOS 1/4 warna.
  • Fungsi utama - Merakam video serta audio
  • Penderia pengesan pergerakan aktif.
  • Paparan skrin 2.5" TFT LCD untuk tayangan / main semula.
  • Pandangan lensa bersudut 90 darjah
  • Merakam secara automatik dan serta merta bila butang dihidupkan.
  • Kitaran rakaman dan penyimpanan berulang mengikut seksyen.
  • Menyokong rakaman masa sebenar (real-time) dan tarikh masa pada video.
  • Mikrofon bina dalam dengan speaker.
  • Slot bagi kad SD / MMC yang menyimpan sehingga 32 gb ( TIDAK disertakan ).
  • Di lengkapi AV output untuk tayangan skrin PC melalui kabel USB mini.
Voyager HD Camera

Spesifikasi :
  • Paparan skrin 2.5" TFT LCD
  • Resolusi rakaman video: Pilihan mod 1280 X 720 / 848 X 480 / 640 X 480 piksel.
  • Jarak fokus: 12 cm hingga infiniti
  • Format video: MJPEG ( avi ) H.264
  • Simpanan rakaman secara bersiri mengikut segment: Setiap 2 / 5 / 15 minit atau OFF
  • Kadar penggunaan ruang memori video: 72 Mb seminit atau 1.2 Mb sesaat purata.
  • Sumber kuasa: Bateri Li-ion caj semula bina dalam BL-5C 1020 mAh
  • Pengecasan dari: Unit penyesuai DC 5V atau 12V-24V melalui soket pencucuh kereta.
  • Menyokong kad memori SD / MMC dari 1Gb hingga 32 Gb
  • Mikrofon bina dalam
  • Warna hitam
  • Ukuran unit: 100 X 60 X 26 mm
  • Berat unit : 90 gram
Pakej Lengkap :
  • 1 X Unit kamera DVR
  • 1 X Unit Pemegang dengan mangkuk penyedut
  • 1 X Unit plag pengecas untuk soket kereta
  • 1 X Kabel mini USB 2.0
  • 1 X Panduan caraguna   
  Voyager HD Camera
Arahan Penggunaan :

Untuk pertama kali penggunaan, bateri bina dalam ini harus di cas sehingga penuh 12 jam secara 3 kali berturut-turut untuk keupayaan maksimum.
Tekan butang POWER untuk menghidupkan unit DVR. Penetapan awal bagi setiap unit adalah dalam mod rakaman video. Tekan butang OK ( bersebelahan butang Power ) untuk memulakan rakaman. Tekan butang OK sekali lagi untuk henti seketika dan rakaman akan disimpan secara automatik.
Tekan butang MODE untuk membuat pilihan antara fungsi seperti fotograf, rakaman audio, rakaman video atau main semula / playback.

PRICE : RM200.00 ONLY (including delivery for semenanjung Malaysia)
For more information or order please email to: forma_jaya@yahoo.com or call: 011 11545215

No comments:

Post a Comment